Saturday, 31 January 2015

Rumput Free

Assalamualaikum semua...

hari ni projek rumah masih berlangsung..dengan keadaan kami suami isteri masih konfius nak pilik tiles bentuk macam mana..
hari2 aku mendesign tiles utk porch aku tu..tapi sampai kesudah tak de keputusan..

jadi hari ni,tup2 cikgu depan meja tepon tanya tukang aku tu free ke tak..mmg free la kan..tokey ni tiles tak beli2..jadi tukang aku pun macam takde keje dah nak buat..

so,dengan jayanya cikgu tu suruh aku bawak tukang pegi rumah die..nak suruh buat keje sikit..sampai je sana, rupenye kawasan yang die rumput dulu, die nak simenkan pulak..aik,aku pun selamba la tanya " dah rumput lawa2 ni nak tanam kat mane?"..ko tau jawapan yang aku harapkan yang die bagi..haha.."nak buang lah'..

wah...best ni..jadi aku mintak la rumput die tu..dari buang,baik tanam kat umah aku ni..memang aku sedang kire2 bajet nak beli rumput..rezeki dapat free,amek je la kan..Alhamdulillah..

dalam pukul 10.30 pagi tukang aku start cangkul ngan cabut rumput ni semua,dan aku dengan semangatnye pegi amek rumput tu dalam pukul 2..sampai umah,terus je siram..ade jgk la dalam 3 round angkut rumput tu..pakai kete je pun..abesla bonet kete aku tu..huhu

nanti da siap pasang,aku tunjuk la gambo2 rumput tu ye..

ok,bye!

Thursday, 29 January 2015

Assalamualaikum Semua

Assalamualaikum semua..seperti tajuk di atas,maka,terhasillah blog baru cikgu.
Bukan sengaja menambah bilangan blog di alam maya ni..tapi disebabkan mahu meninggalkan emel yahoo dan beralih sepenuhnya kepada google, maka cikgu buat blog baru..fresh for 2015

Sesi perkenalan semula..cikgu boleh dipanggil cikgu shida..bersuamikan seorang guru juga..cikgu farid..atau lebih dikenali sebagai farid sahaja sepanjang tempoh berblog..haha

Ada seorang anak..bernama Ahmad Rusydi Al Fayyadh atau lebih mudah dikenali sebagai udi untuk entri selepas ini..

cikgu mampu hadiahkan gambar ini sebagai tatapan semua...

Gambar tahun 2012..dah beso sebenanye anak itu sekarang..hihi

Ok, cukup dulu untuk perkenalan kali ini..

Bye!