Kali ni mengalami bulan Ramadhan semasa mengandung..hurmm..first time ni..tapi Alhamdulillah dah masuk trimester kedua..ok la sikit kan..
jadi tak perlu nak bebel sangat,terus kepada tips-tips yang saya buat masa bulan Ramadhan ni..hehe..baru hari keenam je ni..tapi InsyaAllah akan terus berpuasa selagi mampu..
ok tips semasa sahur :
1. makan dengan berselera..jangan buat2 tak selera..haha..makan nasi yang secukupnya.
2. ambil segelas susu selepas makan nasi tadi.
3. makan kurma paling kurang 3 biji selepas minum susu tu tadi.
4.dan sementara menunggu masa sahur habis,minumlah air masak..mungkin dalam 3 gelas paling minimum.
tips semasa berbuka
1. jangan terus minum air sejuk atau makanan pape yang ada depan mata. mulakan dengan segelas minuman panas seperti milo atau horlicks. no kopi or teh yeee...
2. makan kuih satu ketul atau pape makanan sampingan..macam sesudu bubur atau nestum atau oat..sesudu atau dua sudu dah memadai..
3. baru makan nasi dengan seronoknya..makan la sehingga rasa da bertenaga. jangan kenyang2 sangat..nanti perut jadi tegang n keras.
4. minum air masak dan pergila solat serta rehat sekejap.
5. lepas da rehat tu,makanla sebiji buah-buahan dan habiskan la kuih atau bubur atau pape tadi tu..
6. sepanjang nak tunggu waktu tidur,minumlah air masak..sediakan terus sebotol dan bawak la ke mana2..masa terawih selang2 tu minum air masak..tengok tv,minum lagi sikit..sampai habis..
ok..tips ni membuatkan malam anda akan banyak ke bilik air..hihi..tapi esok masa berpuasa anda ok..takkan rasa nak buang air sangat hingga dehydrate atau pape la..badan akan lebih bermaya dan tidak terlalu letih..InsyaAllah..
itu sahaja tips dari saya..tips yang simple,tanpa kena beli pape makanan tambahan atau pape jus like qaseh gold or anything..
selamat berpuasa semua preggy mom..
No comments:
Post a Comment